131 research outputs found

    Selesai masalah dunia dengan berdialog

    Get PDF
    TATKALA dunia maju dengan peradabannya, manusia pula terpaksa hidup dengan 1001 persoalan yang perlu dijawab, pergelutan hidup, peperangan, kebuluran dan pelbagai lagi kekangan dan cabaran. Manusia yang berakal tentunya ingin melihat segala kesengsaraan ini dikurangkan, walaupun pada hakikatnya siapa antara manusia ini yang tidak mahu ia terus dihapuskan? Salah-satu kaedahnya ialah dengan berdialog. Mencari satu ketetapan, yang mana setiap individu dari setiap bangsa dapat duduk semeja dan sebumbung untuk mencapai satu persetujuan dan kefahaman tentang erti kedamaian sejagat. Daisaku Ikeda adalah salah seorang daripada penggiat utamanya. Beliau yang menerima Hadiah Keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menjelajah lebih daripada 50 buah negara untuk mempromosikan keamanan sejagat. Kini beliau sebagai Presiden Soka Gakkai International, yang dianggotai oleh 190 buah negara dan wilayah, mendambakan dirinya untuk tujuan murni ini

    Memulakan program kompos di rumah

    Get PDF
    SALAH satu jenis sampah yang banyak dihasilkan oleh masyarakat Malaysia ia- lah sisa-sisa makanan, atau lebih dikenali sebagai sampah dapur. Mengikut sumber, kadar kitar semula di Malaysia cuma sekitar lima peratus. Oleh kerana sifat sampah dapur yang basah dan bercampur-gaul dengan pelbagai bahan, maka ia tidak boleh dikitar semula. Maka, ia perlu terus dibuang ke tapak pelupusan sampah. Jika diteliti, sampah dapur juga mempunyai nilai untuk dikitar semula. Mungkin bukan untuk dijadikan sesuatu barangan lain, seperti sampah kertas yang boleh dikitar semula untuk dijadikan kertas. Sebaliknya, sampah dapur boleh dikompos. Malah, setiap daripada penduduk di Malaysia, juga boleh memainkan peranan ini. Malah, apabila Perdana Menteri Malaysia merasmikan program Bumi Hijau, tentunya baja dan tanah turut memainkan peranan yang penting. Penulis ingin mencadangkan supaya setiap rumah di kawasan perumahan terancang, perlu juga disediakan kawasan dan peralatan kompos yang bersesuaian dengan reka bentuk rumah tersebut

    Pemikiran Za'ba dan masyarakat Melayu abad 21

    Get PDF
    Seorang daripada pemikir Melayu pada kurun lalu yang sehingga akhir hayatnya memikir dan membicarakan bagaimana untuk memajukan bangsa Melayu ialah Allahyarham Za'ba. Pemikiran Za'ba boleh disoroti menerusi buku Adnan Haji Nawang yang bertajuk Za'ba Patriot dan Pendeta Melayu. Buku ini diterbitkan oleh Yayasan Penataran Ilmu pada 1994. Antara idea yang sering Zaba bicarakan di dalam setiap tulisan beliau dari tahun 1916 hingga 1923 ialah menyentuh empat aspek masalah orang Melayu pada zaman itu. Masalah berkenaan berkisar pada isu iaitu pendidikan agama ekonomi dan politik

    Guru sebagai idola gerakan membaca

    Get PDF
    MANUSIA adalah makhluk Allah yang diciptakan lengkap dengan fizikal dan mental. Kekuatan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini adalah kerana mereka mempunyai akal dan hati. Minda adalah gelombang positif yang dihasilkan oleh otak, manakala hati adalah hakim yang akan menentukan jalan-jalan yang akan dipilih oleh manusia. Maka, untuk mengubah nasib sesuatu bangsa, minda dan hati perlu dididik. Didikan sama ada menerusi pendidikan formal mahupun secara tidak formal. Untuk sesebuah bangsa maju kehadapan, ilmu perlu menjadi agenda utama mereka. Sekiranya ilmu dijadikan agenda utama, maka secara automatiknya agenda-agenda lain akan menyusul, seperti agenda ekonomi, sosial dan politik

    Majalah membentuk budaya membaca

    Get PDF
    MEMBACA adalah pintu kepada penerokaan ilmu. Sesuatu bangsa yang berjaya, adalah bangsa yang membaca. Bangsa yang membaca ialah bangsa yang sentiasa cintakan ilmu. Maka dengan ilmulah bangsa itu akan bangun dan mewujudkan sebuah tamadun yang cemerlang. Antara bahan bacaan yang paling mudah, murah dan senang didapati ialah majalah. Maka lambakan majalah di pasaran adalah satu petanda yang sihat. Majalah selalunya diterbitkan setiap bulan. Fokus setiap majalah adalah berlainan dan unik setiap satunya. Misalnya, ada majalah yang membicarakan tentang dunia Islam. Ada juga yang menjadikan artis dan hiburan sebagai fokus utama. Tidak kurang juga yang menjadikan sesebuah hobi itu sebagai fokus utama mereka, seperti hobi fotografi, kereta dan sebagainya. Bagi masyarakat Malaysia yang seringkali dikaitkan dengan kurangnya membaca, kehadiran sesebuah majalah mungkin dapat membantu menghasilkan gelombang membaca

    Buku bentuk minda rakyat

    Get PDF
    TARIKH 23 April pada setiap tahun, telah dinobatkan sebagai Hari Buku Sedunia dan Hari Hakcipta oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 1995. Ia sebenarnya telah diilhamkan daripada tradisi Catalan, yang lebih dikenali sebagai Festival of the Rose. Mengikut legenda, Saint George telah membunuh naga untuk menyelamatkan puteri Catalan. Lantas daripada pembunuhan tersebut, darah naga yang mengalir telah menumbuhkan sepohon mawar, dan Saint George telah memetik sekuntum mawar yang paling cantik lalu diberikan kepada puteri tersebut. Sejak dari itu, pesta mawar (Festival of the Rose) telah disambut oleh masyarakat Bercelona. Setiap jejaka akan menghadiahkan sekuntum mawar kepada kekasihnya. Pada tahun 1923, pesta tersebut kemudiannya telah digabungkan dengan 'el dia del llibre' atau Hari Buku yang juga telah disambut sempena kematian Miguel de Cervantes dan William Shakespeare serta beberapa penulis lain, iaitu pada 23 April 1616. Sejak dari tahun 1923 itulah, para wanita yang menerima hadiah mawar dari kekasih mereka, kemudiannya akan menghadiahkan buku sebagai hadiah ganti di atas pemberian mawar itu. Juga telah dikatakan pada tahun itu sahaja sebanyak 400,000 buah buku telah terjual yang menjadi hadiah balasan kepada 4 juta mawar

    Daya penarik gelombang membaca

    Get PDF

    Semai minat membaca sejak kecil

    Get PDF
    SEJAUH manakah rakyat Malaysia memperkenalkan buku kepada bayi atau kanak-kanak? Atau, apa pula peranan ibu bapa dalam memperkenalkan buku kepada bayi atau kanak-kanak? Inilah antara persoalan yang telah dijawab oleh masyarakat Britain melalui beberapa program yang diatur dengan begitu kreatif dan komprehensif. Antaranya ialah Bookstart, iaitu sebuah program pembacaan yang bermula dari bayi dengan pemberian buku (dengan harga yang amat murah dan berpatutan dan kadangkala percuma) kepada setiap keluarga. Yang menariknya, ini semua dilakukan oleh klinik atau hospital tempatan dengan pembabitan aktif para penasihat kesihatan. Bookstart telah diwujudkan oleh Wendy Cooling, seorang pakar buku kanak-kanak pada tahun 1992. Program ini telah mendapat kerjasama daripada Birmingham Library Services, South Birmingham Health Authority dan Birmingham University School of Education, dan ia dijadikan projek pilot oleh Booktrust

    Natureโ€™s sustainable aqua gift: Pearl in Unani medicine

    Get PDF
    The Unani medical system is a holistic approach of science and the human body. It is a natural and simple method of extracting from nature and based on the way body responses. Contrary to the prevalent credence, good health is always associated with nutritious food and active lifestyle, but historical facts have laid a sturdy substructure that a natural gem-like Pearl has higher impact rate on the human body. Reports indicate that India is one of the top countries welcoming more medical tourists and the industry is expected to grow to $8 billion this year. This paper explains the importance of sustaining the Unani system and drugs made from a component (Pearl-Marwareed) obtained from a marine animal, providing insight on good aquaculture practice in India. Hence, exploring the Islamic perspective of Unani medicine, the safety contour of the drugs and the usage of pearl in its composition. The data were collected from personal interviews with Hakeem (physicianswith wisdom) across India and extensive literature. This paper recommends to promote Unani medical tourism in India. Thus, generating positive statistics and providing significant sustainable strategies for further improvement in the Aquaculture industry. Policymakers and researchers need to focus more on implementation of best techniques and technology to develop Indian traditional products and their usage in traditional medicinal system โ€˜Unaniโ€™
    • โ€ฆ
    corecore